ads 728x90 B

Sunday, November 23, 2014

Hadis At-Tirmizi: 4042, Terlalu Dhoif

Imam at-Tirmizi merekodkan sebuah hadis dalam kitab Sunan at-Tirmizi ; 

حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ قَالَ: أَخْبَرَنَا ابْنُ المُبَارَكِ قَالَ: أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي، يَقُولُ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "  
Diceritakan kepada kami oleh Suwaid yang berkata; Telah dikhabarkan kepada kami oleh Ibnu al-Mubarak yang berkata, telah diberikan kepada kami oleh Yahya bin `Ubaidillah yang berkata; Aku mendengar bapaku berkata; aku mendengar Abu hurairah meriwayatkan; Rasulullah bersabda:
 
يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ، أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ، وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ، يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَبِي يَغْتَرُّونَ، أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُونَ؟ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا
“Akan muncul di akhir zaman, manusia-manusia yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat suka harta dan kedudukan). Allah berfirman, “Apakah denganKu (kasih dan kesempatan yang Aku berikan) kalian tertipu, ataukah kalian berani kepadaKu. Demi diriKu, Aku bersumpah, Aku akan mengirim bencana antara mereka sendiri yang menjadikan manusia-manusia santun menjadi bingung, sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya (bencana)” 
  • Komentar Al-Albani: Hadis ini Dhoif Jiddan/ Terlalu Dhoif.
  • Tidak boleh dibuat hujah dalam apa-apa jua keadaan.  
  • Illah: Dalam sanad hadis ini terdapat Yahya bin `Ubaidillah bin Mauhib. Imam Az-Zahabi mengatakan dia Dhoif, manakala Imam Ahmad mengatakan hadis daripada ayahnya adalah Munkar. 
 WallahuA`lam. 


Sunday, November 16, 2014

Hadis Soal Jawab Antara Rasulullah dan Iblis adalah PALSU

Hadis soal jawab antara Rasulullah dan Iblis ini adalah PALSU, tiada terdapat dalam mana-mana rekod kitab hadis Nabi SAW.  Tidak boleh menyebarkannya melainkan untuk memberitahu kepalsuannya. 

Hadis yang dimaksudkan ialah:

Monday, November 10, 2014

Hadis Terlalu Dhoif: Syaitan Manusia?

Sanad: 

Imam Ahmad meriwayatkan dalam hadis bilangan 21546, Muasasah Risalah, Tahqiq Syu`aib al-Arnaouth: Diceritakan kepada kami oleh Waki`, diceritakan kepada kami oleh al-Mas`udi, diberitakan kepada aku oleh Abu `Umar ad-Dimasyqi, daripada `Ubaid bin al-Khasykhasy, daripada Abu Zar, beliau berkata:

Matan: 

  أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ فَجَلَسْتُ، فَقَالَ: "يَا أَبَا ذَرٍّ، هَلْ صَلَّيْتَ؟ " قُلْتُ: لَا. قَالَ: "قُمْ فَصَلِّ " قَالَ: فَقُمْتُ فَصَلَّيْتُ ثُمَّ جَلَسْتُ، فَقَالَ: "يَا أَبَا ذَرٍّ، تَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ شَرِّ شَيَاطِينِ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ " قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلِلْإِنْسِ شَيَاطِينُ؟ قَالَ: "نَعَمْ "


Maksud Matan: 

Aku datang menemui Rasulullah SAW yang sedang berada di Masjid, lalu aku duduk. Rasulullah lantas berkata: "Wahai Abu Zar, adakah engkau telah solat?" Abu Zar menjawab, "Belum" Rasulullah memerintahkan, "Bangun dan solat." Abu Zar bercerita; Akupun bangun dan solat. Kemudian aku duduk semula. Rasulullah pun berkata; "Wahai Abu Zar, mintalah perlindungan daripada kejahatan syaitan dalam kalangan manusia dan jin." Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, ada juga syaitan-syaitan yang daripada kalangan manusia?" Baginda menjawab, "Ya."

Komentar Ulama: 

Syeikh Syu`aib al-Arnauth berkata: Isnadnya terlalu lemah kerana `Ubaid bin al-Khasykhasry tidak dikenali, serta Abu `Umar ad-Dimasyqi adalah seorang yang Dhaif.

Ulasan Editor: 

Hadis ini Terlalu Dhoif sehingga tidak dapat berdalilkan isu ini daripada hadis ini. Tetapi isu Syaitan manusia itu wujud dalam ayat 112, surah al-An`am.

Allah berfirman: "dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagiannya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Nota: Hadis yang hampir serupa bernombor 22288 juga Terlalu Dhaif. Tidak ada hadis yang kukuh dalam isu ini.

WallahuA`lam.

Monday, September 8, 2014

Rakaman Ulasan Buku di Radio Jakim Salam.FM

Dengarkan ulasan buku-buku terbaru terbitan Kemilau Publika di dalam segmen Minda Intelek, siaran radio Salam.fm (91.1).

Bermula 24 September 2014 sehingga 15 Oktober 2014. Setiap hari Rabu, jam 12.15 malam.

___________________________________________________

#dapatkan di rangkaian kedai buku Syarikat Muda Osman Sdn Bhd, POPULAR, MPH dan Kedai buku berhampiran anda


 Berusaha mengambil mood malam. 

 Bual bicara yang santai

 DJ Nasri Nasir

Koleksi Buku-Buku Terbaru

Thursday, July 10, 2014

Tazkirah Ramadhan KPSB - Oleh Bos

Tazkirah Ramadhan KPSB
13 Ramadhan 1435H

Oleh : En. Masri Abu Soed (Pengarah Urusan)

■》Muqaddimah:

Orang yang beriman jika boleh mereka mahu sepanjang tahun adalah Ramadhan. Tetapi orang 'asi (suka membuat mungkar) sangat tidak suka dengan Ramadhan, sehingga jika boleh mereka mahu 'delete' dari kalander.

Ramadhan ini ada fenomena umat yang berlaku sepanjang waktunya. Minggu Pada tempoh pertama Ramadhan, masjid-masjid dipenuhi jemaah, sehingga jawatankuasa masjid terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tempat solat tidak cukup.

Tetapi malangnya, minggu kedua dah lengang.

Justeru itu kita perlu jadi agen, jadi asbab hidayah (penyebab orang dapat hidayah). Dalam masa yang sama kita sendiri perlu betulkan diri. Kita mulakan dengan diri kita, kemudian sampaikan.

Kita dan ustaz seperti suasana hospital.

Masyarakat ialah pemandu ambulans dan ustaz adalah doktor. Kita jumpa pesakit, lalu kita bawa kepada Ustaz. Maka kita telah menjadi asbab hidayah.

Istilah lain, kita hanya pemancing. Kita pancing ikan, kemudian berikan kepada isteri untuk dimasak. Kita adalah asbab hidayah.

■》Hadis :

Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah saw. bersabda, ‘Pada bulan Ramadhan umatku diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya; (1) bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari pada minyak kesturi, (2) para malaikat meminta keampunan untuk mereka hingga berbuka, (3) pada setiap harinya Allah menghiasi syurga mereka, kemudian Allah berfirman, 'hampir saja para hamba-Ku yang shalih dihindarkan dari kepayahan dan gangguan dan berjalan kepadamu (surga).' (4) dan di dalam bulan Ramadhan para syaitan dibelenggu hingga mereka tidak bebas menggoda orang yang berpuasa sebagaimana mereka bebas mengganggu selainnya, (5) dan akan diampuni dosa-dosa mereka (orang yang berpuasa) di akhir malam bulan Ramadhan.’ Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah apakah itu pada lailatul qadar?’ Rasulullah saw. bersabda, "Tidak, akan tetapi seorang yang beramal akan ditepati pahalanya jika telah selesai melaksanakan amalannya."

HR. Ahmad, Musnad Ahmad, 790

(Syeikh Syuaib dan al Albani berkata Hadis ini dhoif bahkan terlalu dhoif. Tetapi kandungannya sebahagiannya dikuatkan dengan hadis sahih dan sebahagian lagi tidak.)


1- Bau mulut.

Hadis ini mempunyai konteksnya. Ia bukan galakkan untuk tidak membersihkan mulut dari bau. Apatah lagi apabila kita bersama di pejabat dengan orang bukan Islam. Ia akan membawa kefahaman yang salah.

Justeru itu hendaklah kita sentiasa membersihkan mulut dengan berus gigi atau bersugi.

(Syariah: Hadis berkaitan perkara ini sahih. Sahih Muslim: 807)

2) berdoa

Mintalah doa khususnya sebelum berbuka. Apabila doa belum dimustajabkan, maka bersabarlah. Seumpama budak kecil yang meminta pisau, kita tak beri kerana kita sayangkan dia. Apabila doa belum mustajab, mungkin ada sesuatu yang tidak kena sehingga Allah menahannya.

(Syariah: Hadis berkaitan perkara ini sahih. Ibnu Majah 1752)

3) Syurga dihias

(Syariah: Hadis berkaitan perkara ini tidak sahih bahkan banyak hadis palsu berkaitannya.)

4) Syaitan dirantai

Sebahagian ulama sebut bahawa syaitan besar sahaja dirantai, sebahagian lain sebutkan syaitan telah berpesan pada nafsu.

(Syariah : Hadis berkaitan perkara ini sahih. Al-Hakim, 1582)

5) diampunkan malam akhir ramadhan -bukan lailatul qadr

(Syariah : Tiada hadis sahih yang menyebutkan kelebihan ini.)

■》Kesimpulan : Setiap orang akan dapat menemui lailatul qadr. Yang penting kita beribadah pada setiap malam. Ibadah setiap orang akan mendapat balasan yang berbeza-beza di sisi Allah. Ini kerana kuliti ibadah mereka saling berbeza.

Demikian juga pahala puasa setiap orang berbeza. Apabila mujahadah berbeza, maka berbeza juga nilaiannya di sisi Allah.

Dalam pada masa kita sibuk dengan perkara sunat, jangan pula kita lalai dengan amalan asas seperti solat fardhu 5 waktu dan sebagainya.

■》Penutup: Semoga dengan mengetahui kelebihan ini, ia akan menambahkan amalan kita. Jangan puasa menyebabkan kita letih sahaja dan tidak larat membuat kerja. Apa yang lebih penting ialah puasa ini biar menjadi penyebab kita dekat dengan Allah.

WallahuAlam


Wednesday, July 2, 2014

Apabila Hujah Penulis Rapuh...

Tidak bersetuju dengan pendapat penulis tidak menjadi penyebab editor membuang pendapat itu, selagimana pendapat itu masih lagi mampu diterima pakai dari sudut ilmiah, sekalipun ia lemah.

Nota : Hari ini berhadapan dengan penulis yang mahu menegakkan pendapatnya bahawa negara Malaysia bukan negara Islam dengan mengkritik pendapat Imam Abu Hanifah. Hujah-hujahnya sangat rapuh apabila dia membawakan dalil-dalil al-Quran.

Monday, June 30, 2014

24 Jam Amalan Puasa Rasulullah

Alhamdulillah, selesai memberi komentar berkaitan buku 24 Jam Amalan Puasa Rasulullah dalam rancangan Assalamualaikum di TV al-Hijrah sebentar tadi.

Menariknya, pengacara Fazli Aziz bertanya, "Apa pendapat ustaz berkaitan perkembangan hadis-hadis di Malaysia?"

Saya jelaskan, "Alhamdulillah, suatu perkembangan yang sangat baik di Malaysia apabila dahulunya orang kita akan terima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka.

Tetapi sekarang ini, mereka mula bertanya tentang status hadis-hadis Nabi saw. Kita semakin sedar peringatan Nabi saw dalam hadis yang sahih, "Sesiapa yang berbohong atas namaku dengan sengaja, maka bersiap sedialah kerana tempat duduknya adalah dari api neraka."

Alhamdulillah, selesai.



Buku ini diterbitkan oleh KEMILAU PUBLIKA