ads 728x90 B

Sunday, April 12, 2015

Merungkai Persoalan Terjemahan Syamail Muhammadiyah terbitan Kemilau Publika SDN BHD

Alhamdulillah, sambutan bagi buku karya agung Imam at-Tirmizi berjudul Syamail Muhammadiyah terbitan Kemilau Publika SDN BHD sangat hebat. Permintaan tinggi dan ramai suka membacanya. 

Untuk melihat keistimewaan terbitan Kemilau, anda boleh merujuk catatan blog yang lepas: Syamail Muhammadiyah: Peribadi Agung Junjungan Mulia Nabi Kita. 

Justeru itu, buku ini dijadikan panduan oleh ramai Ustaz Ustazah ketika mengajar. Maka, beberapa soalan yang bersifat ilmiah ditanya kepada saya berkaitan buku ini. 

Soalan 1. Pada hadis no 9, mengapa hanya terdapat matan hadis berbahasa Arab daripada kata-kata Jabir bin Samurah. Mengapa tidak disertakan matan perbualan antara Syukbah dan Simak?



Jawapan : Jabir bin Samurah (W:66H) ialah sahabat Nabi, maka hadisnya diutamakan berbanding perbualan Syukbah (85H-160H) dan Simak (W 123H). 

Kami menetapkan hadis yang mempunyai matan Arab hanya diletakkan pada kenyataan Nabi SAW atau para sahabat atau Tabiin (jika perlu sahaja). Tujuannya adalah untuk menjadikan kitab ini hanya menceritakan kata-kata Rasul atau kata-kata orang terdekat yang menceritakan berkenaan Rasulullah SAW. 

Apatah lagi, kata-kata Simak itu hanyalah bersifat menjelaskan kenyataan Jabir bin Samurah radhiyallahuanhum ajmain.

Soalan 2: Mengapa simbol "<< >>" tidak konsisten? 

Jawapan: Simbol tersebut diambil daripada perisian Maktabah asy-Syamilah. Simbol itu bermaksud ia adalah kata-kata Rasulullah atau para sahabat. Tetapi, terbitan Kemilau Publika tidak mensyaratkan isu tersebut. Maka berlaku  pertembungan apabila sebahagian tempat mempunyai simbol "<< >>"dan di tempat lain telah dibuang.

Soalan 3: Mengapa perkataan al-Barra' bin `Azib tidak konsisten?

Jawapan: Jika dirujuk di dalam terbitan ini, anda akan dapati perkataan al-Barra' ditulis: al-Barra', atau al-Bara'.Perbezaan ini dirujuk kepada perbezaan penterjemah yang menterjemahkannya. Sebahagian penterjemah mengambil pendekatan nama al-Barra' mempunyai "Syaddah" dan sebahagian lain mengatakan "tidak ada Syaddah". Maka, perbezaan ini bersifat harmoni lalu kami membiarkannya.

Sebarang persoalan berkaitan kualiti syariah buku terbitan Kemilau Publika SDN BHD boleh diajukan melalui link Facebook peribadi saya: KLIK (TANYA)