ads 728x90 B

Thursday, November 27, 2014

Syamail Muhammadiyah: Peribadi Agung Junjungan Mulia Nabi Kita

Metodologi Terjemahan

Buku Syamail Muhammadiyah ini adalah antara karya agung ulama silam yang berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Tim Penterjemah Kemilau Publika.



Buku ini sering menjadi rujukan oleh pelbagai pihak bagi mendorong mereka untuk mengenali peribadi agung Nabi Muhammad . Justeru itu di bahagian penyuntingan, kami memastikan kitab yang diterjemah yang bersumberkan kitab asal menepati kriteria terjemahan terbaik.





Untuk memenuhi kriteria tersebut, kami telah meletakkan metodologi terjemahan berikut:

1) Mengekalkan rangkaian sanad.

Rangkaian sanad sangat penting dalam pengajian Sima` al-Ahadis. Justeru itu, kami mengekalkannya supaya Tuan-tuan Guru mampu menggunakan fungsi buku ini sepenuhnya sepertimana buku asal dalam bahasa Arab.

2) Meletakkan matan hadis bersama-sama terjemahan.


Kaedah ini digunakan bagi memudahkan penilaian terjemahan daripada Tuan-tuan Guru yang mengajar serta hafalan para pelajar.

3) Menjadikan terjemahan bertepatan dengan pemahaman kitab syarah.

Perkara ini penting bagi memastikan pemahaman teks tidak lari daripada maksudnya apabila menggunakan istilah-istilah bahasa. Rujukan yang digunakan ialah kitab, Al-Mawahib Al-Ladunniyyah ‘Ala Syamail Al-Muhammadiyah hasil karya Imam Al-Bajury (dilahirkan pada tahun 1198 H dan meninggal dunia pada 1277 H), bermazhab asy-Syafi‘i yang dicetak oleh Maktabah Darul Minhaj, Jeddah, Arab Saudi.



Ulasan ulama hadis moden, Dr. Muhammad `Awwamah (ulama hadis moden yang mengarang kitab-kitab agama berkaitan hadis) terhadap syarah Imam Al-Bajury juga menjadi salah satu tunjang kuat dalam memastikan kualiti terjemahan. Sistem susunan bab dan nombor yang diletakkan pada hadis juga mengikut susunan yang terdapat di dalam kitab tersebut.

4) Memastikan setiap hadis mempunyai takhrij ringkas.

Takhrij ialah mengeluarkan sumber hadis daripada riwayat imam-imam yang lain. Tetapi takhrij yang diberikan bersifat ringkas. Maka ia tidak panjang berjela-jela supaya pembaca mudah faham dan boleh dijadikan rujukan.


5) Nombor Hadis.

Sistem penomboran kitab-kitab hadis ini adalah mengikut rujukan cetakan sepertimana yang dilampirkan pada muka surat terakhir.


6) Ulasan bab.


Pada setiap bab diletakkan ulasan ringkas bagi memudahkan pembaca memahami metodolgi Imam at-Tirmizi dalam menyusun setiap bab.



7) Meletakkan kualiti hadis.

Antara tambahan penting yang kami berikan kepada buku ini adalah dengan menilai kualiti setiap hadis kepada kategori Sahih, Hasan, Daif, Sangat Daif dan Maudu‘ (Palsu). Tiada hadis Maudu‘ yang dijumpai di dalam buku ini.

Maksud Istilah:

Sahih:

Suatu hadis yang diambil daripada perawi yang benar-benar adil, kuat hafalan, rangkaian sanadnya bersambung, tiada kecacatan (al-`Ilal) pada perawi, dan tiada sifat ragu-ragu (syaz). Inilah syarat hadis-hadis yang disusun di dalam buku Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Hasan:

Suatu hadis yang mempunyai syarat yang sama dengan hadis sahih tetapi perawinya lemah sedikit dalam ingatan.

Daif:

Ialah hadis lemah yang tidak memenuhi ciri-ciri hadis Sahih dan Hasan.

Terlalu Daif:

Iaitu hadis yang mempunyai ciri-ciri hadis Daif tetapi ia menghampiri kepada kepalsuan. Hadis seperti ini tidak boleh diamalkan atau dijadikan hujah.

Maudu‘ (Palsu):

Hadis ini menyandarkan suatu kenyataan kepada Nabi Muhammad sedangkan ia adalah satu pembohongan dan pendustaan.


Dalam meletakkan nilai status hadis ini, kami menjadikan perkara berikut sebagai panduan:

Jika hadis itu terdapat di dalam susunan al-Bukhari dan 1. Muslim di dalam kitab Sahih mereka, maka ia adalah sahih.

Menjadikan ulasan kualiti daripada Syeikh Syu`aib al-Arnauth, Syeikh Muhammad Fuad Abdul Baqi, Syeikh Musthofa Dib al-Bugha, Imam at-Tirmizi sendiri dan Syeikh Al-Albani dalam kitab-kitab ulasan hadis mereka sebagai panduan.

Secara keseluruhannya, kami mendoakan semoga penerbitan buku ini berjaya menyebarkan kecintaan umat Islam kepada peribadi agung Nabi Muhammad .

TIM PENTERJEMAH KEMILAU PUBLIKA

Monday, November 24, 2014

Hadis Dhoif: Berwudhuk Ketika Marah

Dikatakan bahawa Rasulullah berkata:

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ، وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ، فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ


“Kemarahan berpunca daripada syaitan, ia diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Jika seseorang dilanda kemarahan, hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad : 17985)

Hadis ini Dhaif. Didhaifkan oleh Imam an-Nawawi dalam kitab "Al-Khulasah". Al-Albani mengatakan sanadnya dhaif kerana `Urwah bin Muhammad dan bapanya adalah Majhul dari sisi al-Albani. 

Penjelasan lanjut untuk para pelajar ilmu hadis, boleh merujuk kitab Silsilah ad-Dhaifah oleh Al-Albani dan Tausiqul Majhul oleh Ibnu Hibban. Boleh juga merujuk penjelasan hadis ini oleh Kumpulan Syeikh Syuaib al-Arnaouth dalam kitab Musnad Ahmad, teritan Maktabah ar-Risalah. 


الكتاب: مسند الإمام أحمد بن حنبل
المؤلف: أبو عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل بن هلال بن أسد الشيباني (المتوفى: 241هـ)
المحقق: شعيب الأرنؤوط - عادل مرشد، وآخرون
إشراف: د عبد الله بن عبد المحسن التركي
الناشر: مؤسسة الرسالة
الطبعة: الأولى، 1421 هـ - 2001 م
[ترقيم الكتاب موافق للمطبوع، وهو مذيل بحواشي التحقيق كاملة]

Amalan yang sahih untuk dilakukan ketika marah adalah membaca Isti`azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم). Ini disandarkan kepada hadis berikut yang sahih: 

Sulaiman bin Surad meriwayatkan: 

: اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَعَلَ أَحَدُهُمَا تَحْمَرُّ عَيْنَاهُ وَتَنْتَفِخُ أَوْدَاجُهُ، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنِّي لَأَعْرِفُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ الَّذِي يَجِدُ: أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ " فَقَالَ الرَّجُلُ: وَهَلْ تَرَى بِي مِنْ جُنُونٍ؟

“Dua orang pemuda saling mencaci di hadapan Rasulullah saw. Terlihat mata salah seorang daripada keduanya mulai merah dan urat lehernya membesar. Rasulullah saw berkata, “Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang jikalau diucapkan, maka akan hilanglah kemarahan yang menjangkiti diri manusia, iaitu “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.” Lelaki itu berkata, “Apakah tuan menyangka aku orang gila?” 

(HR Muslim: 2610)

WallahuAlam.  

Sunday, November 23, 2014

Hadis At-Tirmizi: 4042, Terlalu Dhoif

Imam at-Tirmizi merekodkan sebuah hadis dalam kitab Sunan at-Tirmizi ; 

حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ قَالَ: أَخْبَرَنَا ابْنُ المُبَارَكِ قَالَ: أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي، يَقُولُ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "  
Diceritakan kepada kami oleh Suwaid yang berkata; Telah dikhabarkan kepada kami oleh Ibnu al-Mubarak yang berkata, telah diberikan kepada kami oleh Yahya bin `Ubaidillah yang berkata; Aku mendengar bapaku berkata; aku mendengar Abu hurairah meriwayatkan; Rasulullah bersabda:
 
يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ، أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ، وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ، يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَبِي يَغْتَرُّونَ، أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُونَ؟ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا
“Akan muncul di akhir zaman, manusia-manusia yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat suka harta dan kedudukan). Allah berfirman, “Apakah denganKu (kasih dan kesempatan yang Aku berikan) kalian tertipu, ataukah kalian berani kepadaKu. Demi diriKu, Aku bersumpah, Aku akan mengirim bencana antara mereka sendiri yang menjadikan manusia-manusia santun menjadi bingung, sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya (bencana)” 
  • Komentar Al-Albani: Hadis ini Dhoif Jiddan/ Terlalu Dhoif.
  • Tidak boleh dibuat hujah dalam apa-apa jua keadaan.  
  • Illah: Dalam sanad hadis ini terdapat Yahya bin `Ubaidillah bin Mauhib. Imam Az-Zahabi mengatakan dia Dhoif, manakala Imam Ahmad mengatakan hadis daripada ayahnya adalah Munkar. 
 WallahuA`lam. 


Sunday, November 16, 2014

Hadis Soal Jawab Antara Rasulullah dan Iblis adalah PALSU

Hadis soal jawab antara Rasulullah dan Iblis ini adalah PALSU, tiada terdapat dalam mana-mana rekod kitab hadis Nabi SAW.  Tidak boleh menyebarkannya melainkan untuk memberitahu kepalsuannya. 

Hadis yang dimaksudkan ialah:

Monday, November 10, 2014

Hadis Terlalu Dhoif: Syaitan Manusia?

Sanad: 

Imam Ahmad meriwayatkan dalam hadis bilangan 21546, Muasasah Risalah, Tahqiq Syu`aib al-Arnaouth: Diceritakan kepada kami oleh Waki`, diceritakan kepada kami oleh al-Mas`udi, diberitakan kepada aku oleh Abu `Umar ad-Dimasyqi, daripada `Ubaid bin al-Khasykhasy, daripada Abu Zar, beliau berkata:

Matan: 

  أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ فَجَلَسْتُ، فَقَالَ: "يَا أَبَا ذَرٍّ، هَلْ صَلَّيْتَ؟ " قُلْتُ: لَا. قَالَ: "قُمْ فَصَلِّ " قَالَ: فَقُمْتُ فَصَلَّيْتُ ثُمَّ جَلَسْتُ، فَقَالَ: "يَا أَبَا ذَرٍّ، تَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ شَرِّ شَيَاطِينِ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ " قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلِلْإِنْسِ شَيَاطِينُ؟ قَالَ: "نَعَمْ "


Maksud Matan: 

Aku datang menemui Rasulullah SAW yang sedang berada di Masjid, lalu aku duduk. Rasulullah lantas berkata: "Wahai Abu Zar, adakah engkau telah solat?" Abu Zar menjawab, "Belum" Rasulullah memerintahkan, "Bangun dan solat." Abu Zar bercerita; Akupun bangun dan solat. Kemudian aku duduk semula. Rasulullah pun berkata; "Wahai Abu Zar, mintalah perlindungan daripada kejahatan syaitan dalam kalangan manusia dan jin." Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, ada juga syaitan-syaitan yang daripada kalangan manusia?" Baginda menjawab, "Ya."

Komentar Ulama: 

Syeikh Syu`aib al-Arnauth berkata: Isnadnya terlalu lemah kerana `Ubaid bin al-Khasykhasry tidak dikenali, serta Abu `Umar ad-Dimasyqi adalah seorang yang Dhaif.

Ulasan Editor: 

Hadis ini Terlalu Dhoif sehingga tidak dapat berdalilkan isu ini daripada hadis ini. Tetapi isu Syaitan manusia itu wujud dalam ayat 112, surah al-An`am.

Allah berfirman: "dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagiannya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Nota: Hadis yang hampir serupa bernombor 22288 juga Terlalu Dhaif. Tidak ada hadis yang kukuh dalam isu ini.

WallahuA`lam.