ads 728x90 B

Tuesday, June 23, 2015

Taubat Usia Muda

Buku ini bercerita tentang bersegera untuk taubat dan harganya di dalam penilaian manusia.

Apa yang lebih menarik ialah, ia mengumpulkan kisah-kisah taubat manusiawi hebat seperti al-Qa'nabi yang berubah serta merta apabila mendengar hadis Nabi Saw.

Buku ini berbentuk bacaan ringan dan padat dengan kata-kata hikmah dan huraian yang mampu melembutkan jiwa serta membuai perasaan syahdu.


Terjemahan: Kenali Hadis Sahih, Dhoif dan Palsu

 

“Al-Manarul Munif Fis Sahih wa Dhoif” adalah antara puluhan buku tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah (751H) berkaitan cara untuk membezakan hadis sahih dan palsu yang sering diguna pakai. Karya ini ditulis 3 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Tanpa melihat kepada rangkaian sanad perawinya, buku ini menjelaskan cara mengenali hadis palsu hanya dengan melihat isi kandungan sahaja.

Contoh-contoh yang diberikan di dalam buku ini menggunakan hadis yang popular dalam kalangan masyarakat kini. Alangkah terkejutnya kita apabila mengetahui hadis yang popular itu sebenarnya palsu! Ibnu Qayyim menjelaskannya satu persatu.

Buku Al-Manarul Munif ini diberi beberapa nilai tambah:

•    Dari sudut takhrij daripada kitab-kitab ulama yang lain.
•    Ulasan ringkas bagi memudahkan pembaca memahami maksud hadis yang dijelaskan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
•    Isi kandungan disertakan dengan bahasa Arab dan terjemahan bahasa Melayu bagi memudahkan rujukan. 

Diharapkan dengan kehadiran buku Al-Manarul Munif ini dapat membantu para pendakwah, guru-guru, serta seluruh umat Islam khususnya, mengenali hadis-hadis palsu sekali gus bertindak menghalang hadis tersebut daripada terus disebarkan.


Misi Haji Mabrur


Tuan Haji Zainal ialah seorang bekas guru yang pergi umrah dan haji tanpa persediaan lengkap. Hampir-hampir KOSONG persediaan.

Beliau pernah menulis setiap rinci perjalanan menuju baitullah (manuskrip dihantar kepada penerbit lain. Belum diterbitkan.) .

Tetapi beliau berfikir, ramai orang pergi haji tanpa ada matlamat yang betul. Akhirnya haji atau umrah menjadi seperti satu perlancongan, bukan ibadah.

Maka beliau menulis buku ini, "Misi dan Visi Haji" supaya haji tidak lagi sia-sia.

Itulah yang beliau ceritakan kepada saya tentang latar belakang penulisqn buku ini.

Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat Tuan Haji Zainal atas usaha yang berharga ini.
________
Buku ini berharga: RM 15.
Senipis 161 muka surat.
Beratnya kurang 500g.

Suatu penulisan yang ringan dan santai.